Hallooo Bosskurr!
Bos Sedang Cari "Lubuk Supplier" Barangan Thailand dengan Harga Murah-Murah Ke?
Mari Saya Tunjukkan Boss "Lubuk Supplier " Yang Ada Di Thailand!! Serta Bagaimana Untuk Beli Dari Sana Dengan Selamat Dan Kemudian.. Borong Berkotak-kotak Stok Barang Dengan Harga Yang Murah.. Dan Bawa Masuk Ke Malaysia!
Lubuk ni memang sesuai untuk boss-boss yang baru nak berniaga barang Thailand!
Atau.. boss-boss penggemar barang Thailand yang dah serik kena main dengan pemborong-pemborong barangan Thailand.
Beli stok barang berkotak-kotak.... tapi bila buka sahaja barang mesti ada yang tak kena! Dahla harga mahal! lambat sampai! Kerek! Tak paham bahasa Melayu! Kebanyakkan supplier lepas dah jual tak pernah nak tanggungjawab untuk setelkan jika ada apa2 masalah!
Memang sakit hati...!
Saya Dulupun Selalu Kena Main!
Masa saya mula-mula buat bisnes jual barang Thai ni... memang begitulah keadaannya.
Tak tahu nak ambil stok barang dari mana?
Jadi, saya ambil lah sahaja dari pembekal-pembekal barang di Padang Besar yang saya jumpa!
Kalau nak ambil barang dari mereka ni, dahla mereke jual mahal... dan kadang nak beli borong kena beli 1 kotak! Harga satu kotak pula lebih kurang dengan harga beli runcit!
Jadi, semangat nak berniaga punya pasal.. saya pun beli lah 2-3 kotak untuk dijadikan stok permulaan menjual barang Thailand!
Tapi yang sedihnya... bila sampai rumah dan nak jual barang-barang tu... kecewa!
Takde pulak orang yang nak beli barang yang dibeli!Dan customer nak beli barang yang lain pula disebabkan variation yang dipilih tidak ada kerana hanya ada modal untuk membeli 1 variation sahaja.
Dalam satu kotak .. lebih kurang dalam 35% sahaja yang beli... selebihnya, simpan bawah katil! Kecewa sangat!Last2 jual harga modal je janji boleh cover modal!
Tertanya-tanya mana diorang dapat stok?
Saya selalu juga masuk ke kedai-kedai runcit yang menjual Barangan Thailand.. tapi dari 10 kedai yang saya masuk, boleh saya katakan, hanya 1-2 kedai sahaja yang menjual mempunyai barang-barang rare yang jarang dijual di Thailand selebihnya barang yang mudah dijumpai dan dijual di mana-mana!
Kedai-kedai yang lain.. hanya sekadar menjual barang-barang seperti Pes Tomyam,Air minuman,barang-barang plastik dan barang-barang lain yang memang dah tepu permintaannya.
Bila saya jumpa kedai-kedai runcit yang menjual barang-barang murah dan rare... saya trylah buat-buat tanya.. mana diorang dapat stok barang-barang bagus ni? Memang tinggal harapan la.... takdenya diorang nak bagitahu!
Hinggalah...akhirnya....
Selepas berbulan-bulan saya membuat risikan ala-ala james bond terhadap peniaga yang menjual barang-barang Thailand nih, akhirnya... saya mendapat satu "kata kunci" rahsia... iaitu cara membeli terus direct dari supplier di Thailand secara ONLINE.
Dan yang menariknya saya boleh terus beli dengan banyak pilihan supplier yang ada tanpa perlu rajuk rayu lagi untuk meminta diskaun or sebagainya.
Tanpa berfikir panjang... saya pun tekad.. pergi order dan membuat order secara borong dan saya membuat akaun di semua tempat website online Thailand tersebut!
Bila order sahaja saya terkejut kerana saya ingat ambil masa 2 3 minggu untuk sampai tetapi rupanya hanya ambil masa 2 3 hari saja untuk sampai! Saya seolah-olah dah jumpa "Syurga Barang Thailand!"
Bukan setakat makanan dan minuman... tetapi segala macam produk Thailand ada dijual di sini, dari topi, kasut, beg, tali pinggang, langsir, cadar, peralatan elektrik, peralatan sukan, peralatan memancing dan macam-macam lagi la!... Apa sahaja barang jualan Thailand yang pernah anda nampak dijual di Padang Besar atau Golok.. semuanya ada dijual disini!
Saya kasi belanja beberapa keping gambar barangan Thailand yang ada dijual di Lubuk online ini!
Senang cerita macam korang shopping online kat Shopee or Lazada Malaysia.... macam tuhla lebih kurang ceritanya memang berlambak kat sini barangan Thailand yang ada!
Apa yang lagi-lagi best! Korang boleh nego price seperti mana dekat penjual2 seperti pemborong di Malaysia!
Di online, walaupun mereka jual satu-satu...anda boleh pilih setiap barang barang yang anda mahu dan boleh kumpulkan di warehouse Thailand yang terpilih untuk disatukan sebelum pos kepada korang!
Memang Mantop Bosskurr! Bukan biashe-biashe punya barang online kat Thailand nih and yang penting diorang pun mur-mur! Bila ambil barang dah murah.. maka, margin keuntungan pun akan jadi tinggilah bila kita jual barang-barang ni nanti! Mahsyuuuukkkk!
Shopee & Lazada je ke....yang2 lain?
Untuk makluman korang,di dalam Thailand sendiri ada lebih 50 website Shopping Thailand dan kalau nak beli dari sana bukan susahpun janji korang ada laptop or hp dah boleh shopping dah.Bawah nih saya senaraikan Top 3 web shopping Thailand yang selalu saya kunjungi untuk shopping.
Bayangkan korang boleh beli barang Thailand macam korang shopping online di Shopee Malaysia?
Eh Jap! Lupa Pula Nak Perkenalkan Diri!.
Oh Maaf! Teruja punya pasal nak cerita pasal lubuk barang Thailand... terlupa pula saya ingin perkenalkan diri!
Jadi, izinkan saya perkenalkan diri serba sedikit ya!
Nama saya Azizul Wahid!
Saya memperoleh Sarjana Pengurusan dalam bidang sosial sains dan kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana Falsafah di UUM.Tetapi orang biasa memanggil saya dengan panggilan Coach JJ!
Kalau ikut pada awalnya pada tahun 2013 saya mula-mula berkecimpung dalam dunia bisnes import semasa saya sedang membeli belah di Padang Besar.. dan pada masa ketika itu saya ingin mencari perisa minuman untuk kedai saya sendiri,malangnya kedai di situ semua kehabisan stok dan tidak restok semula pada masa yang lama !
Maka pada tahun 2014,... saya berani memberanikan diri untuk beli di dalam Thailand sendiri. Masa mula-mula start bisnes dulu, saya cuma ambil satu jenis barang sahaja iaitu fokus saya hanya untuk menjual barangan yang khas untuk perniagaan BigCup!
Masa mula-mula niaga.. ok!.. Tapi lepas 2-3 bulan..tren penjualan air BigCup semakin menurun dan pelanggan semakin lama semakin hilang! Saya dah mula jem!... Maka bermulalah saya meneroka dunia barang-barang Thailand dan saya menjelajah hingga ke Bangkok untuk mencari 1 1 jenis barangan yang laku dan menarik untuk dijual dan akhirnya saya siapkan 1 website untuk kumpulkan semua barangan Thailand yang bernama www.sawaddimart.com! Tapi bila pikir balik ...rasa nak menangis rasa... setiap barang yang ingin dicari saya akan habis banyak wang dan tenaga... selainnya untuk masukkan di dalam website makan masa yang lama dan sehingga saya telah menutup website saya buat sementara kerana tiada kesempatan untuk upload... dan saya cuba mengambil pendekatan lain untuk menambah sales!
Itu cerita saya masa mula-mula bisnes dulu lah......
Tapi... Sekarang dah ok!
Kemudian pada lewat tahun 2016 saya mula aktif untuk memulakan perniagaan di Shopee dan Lazada dan alhamdulilah percubaan saya kali ini berjaya
Tapi masalah kedua saya ialah terlalu banyak pesaing dan saya mula buntu kali kedua untuk memikirkan bagaimana untuk elakkan pesaing harga!
Dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk mencari barang yang tidak orang lain jual dan saya terfikir kenapa saya tak mencari sahaja barangan tersebut di online! Dan alhamdulilah cuba dan cuba akhirnya saya berjaya order secara online saya dapat dalam masa yang sama jimatkan kos kerana tak perlu mencari barang tersebut di kedai,just buat order dan tunggu sahaja barang sampai di rumah! Benda inilah yang saya nak kongsikan dengan bos! Saya tak nak bos alami nasib yang sama seperti mana yang pernah saya alami suatu ketika dulu! Tercari-cari ... dimana lubuk yang terbaik untuk ambil stok barangan Thailand!
Jadi, untuk memudahkan... saya ambil keputusan untuk memberi peluang kepada yang lain untuk membeli borong sama di dalam web online Thailand!
Lebih mudah, lengkap dan teratur, sebab dalam program Panduan ini akan merongkai cara-cara lengkap untuk membuat order dari sana dan untuk uruskan sistem pembayaran dan penerimaan barang !
Dengan terhasilnya program panduan ini, maka ianya menjadi lebih eksklusif... Takdelah rahsia tentang cara membeli belah secara online ini terdedah begitu sahaja kepada orang ramai.
Hanya mereka yang mendapatkan program ini sahaja yang akan tahu tentang cara ini... Iaitu mereka yang berminat dan mahu berniaga barangan Thailand, ataupun... mereka yang sudah berniaga barangan Thailand tetapi masih tercari-cari lubuk supplier barangan Thailand yang terbaik!.
Hah!! Dalam group panduan ini, saya dah tulis dan buat video siap-siap. Panduan secara langkah demi langkah, dari mula pilih barang,beli barang dan cara penghantaran barang ke rumah, cara kiraan cukai, dari segi bajet, kos pos dari supplier ke warehouse, hinggalah kepada kos pos ke rumah korang,charge bungkus & hantar barang tu sampai ke depan pintu rumah anda di Malaysia! Memang complete!
Antara perkara-perkara penting yang saya tulis di dalam group panduan ini ialah..
Cara untuk memilih kedai online mengikut kategori barangan yang ingin dicari dan memilih kedai online mana yang sesuai dengan pilihan barang yang ingin dicari
Bila dah jumpa barang yang diinginkan cara untuk mengira kiraan postage sehingga ke alamat yang ingin dihantar ke warehouse yang dipilih
Ramai orang selalu fikir, hanya untuk jual barang makanan je bila sebut barang Thailand tetapi saya bongkarkan lagi dengan 10 video barang niche kategori yang boleh meletop jika dijual di Malaysia!
Bila dah tahu nak beli apa, tibalah masanya untuk membeli... tapi kalau anda tak pandai cakap Thailand, macam mana nak beli di shopping online tuh? Jangan risau! Saya tunjukkan cara bagaimana saya nak hantar ke Malaysia? Ah ha! Ada caranya untuk dapat free postage lagi! Saya tunjukkan caranya di dalam program panduan ini! Anda tidak perlu lagi lakukan kesilapan yang pernah saya lakukan dahulu di mana, saya hantar semua barang tuh guna kurier yang standard! Tak pasal-pasal saya bayar kos postage sama macam kos barang! Rugi bos!
Berminat Nak Dapatkan Panduan Ini?
Ops! Sebelum itu! Saya minta maaf terlebih dahulu dan saya mahu berterus-terang dengan bos!
Panduan ini bukanlah sesuai untuk semua orang... Hanya orang tertentu sahaja yang sesuai dan layak untuk mendapatkan video panduan ini!
Berikut adalah orang yang tidak sesuai untuk mendapatkan panduan ini!
Peniaga Barangan Thailand Yang Sudah Otai!
Ya! Kalau bos memang dah berniaga barangan Thailand dan dah ada banyak cawangan kedai serta sudah sedia ada supplier tetap yang supply barang-barang Thailand kepada bos dengan harga terbaik! Tak perlulah bos dapatkan panduan ini!
Peniaga Yang Sudah Selesa Jual Barang Yang Sedia Ada!!
Ada sesetengah peniaga memang dah selesa menjual barang Thailand yang sekarang dia dah biasa jual! Mereka sungguh selesa dan malas nak fikir atau berusaha untuk mendapatkan barang Thailand yang terkini dan rare! Bagi mereka, cukuplah sekadar apa yang ada sekarang!
Orang Yang Tidak Suka Belajar Dari Pengalaman Orang Lain!
Tidak dinafikan, ada sesetengah orang, memang tidak suka belajar dari pengalaman orang lain. Mereka mahu belajar dari pengalaman sendiri sahaja, cuba sendiri, redah sendiri, buang masa sendiri, buang duit sendiri... dan barulah mereka akan belajar. Jika bos tergolong di golongan orang seperti ini. Bos juga tidak perlu dapatkan panduan ini dan bolehlah bos cuba-jaya sendiri terjah ke Thailand dan cari lubuk tersebut. Saya doakan bos berjaya!
Sudah Sedia Untuk Dapatkan Panduan Ini?
Baiklah! Jika anda tidak tergolong dalam 3 golongan yang saya sebutkan diatas dan anda betul-betul berminat untuk mendapatkan panduan ini!Saya ada berita gembira untuk anda!Jika anda dapatkan Panduan ini hari ini juga! Saya akan berikan anda 2 jenis BONUS Istimewa yang dapat melengkapkan lagi kelebihan anda untuk memborong dan berniaga barangan Thailand dan juga memulakan perniagaan ini!
​
BONUS #1 - CARA UNTUK BELI DI LAZADA & 7E THAILAND
Ah ha! Dalam kelas video ini, saya akan ajar juga macam mana cara nak "dapatkan" tambahan supplier selain kita cari di Shopee Thailand.
Tak semua ada di Shopee Thailand,ada masa pemborong dan pengilang ada di lubuk Lazada!
Bukan itu sahaja.. dalam kita nak mencari barangan rare nih kita boleh mencari dalam lubuk 7e Thailand secara online.Mesti biasa kalau pergi Thailand,tempat wajib yang kita mesti singgah mestila 7e so bayangkan anda boleh shopping suka hati nak beli apa sahaja di dalam platform tersebut.
BONUS #2 - VIDEO PANDUAN CARA UNTUK INSTALL APPS
Bila dah nak beli online,harusla wajib kena install apps!Barula nak senang chat supplier.Barula senang nak check tracking.Barula senang nak cari barang!
Bayangkan anda cari barang gunakan laptop je,kan dah lambat.Kalau ada apps semua di hujung jari je nak cari barang
Klik Butang Dibawah!
Baiklah! Tanpa melengahkan masa lagi! Bos boleh klik butang hijau "Dapatkan Sekarang!" atau gambar panduan dibawah untuk mendapatkan panduan ini!
Harga? Berapakah harga panduan ini?
Saya tidak akan bermain potong-potong harga dengan anda!
Direct sahaja saya katakan... saya tawarkan pakej Panduan Lubuk Barangan Thailand ini dengan harga yang cukup murah dan berbaloi!
Iaitu.... Hanya RM49 sahaja! Ya! RM49 sahaja!Dan terus terang saya katakan harga asalnya sebenar ialah RM88 .Namun begitu, saya tidak dapat janji harga ini akan kekal untuk selamanya dan mungkin akan bila-bila masa akan naik seperti harga lama!
Jadi, lebih baik anda dapatkan panduan ini hari ini juga sebelum saya berubah fikiran menaikkan harga panduan ini atau menarik semula 2 bonus istimewa yang saya tawarkan bersama panduan ini!
KLIK SEKARANG
UNTUK PEMBELIAN
Boleh Caya ke nih?
Sebelum saya lancarkan program panduan ini saya dah menjual lebih ratusan ribu barang yang dah pernah hantar dan di atas ini adalah 1% testimonial dari kami yang kami ada.Tak percaya lagi?Takpe saya share beberapa gambar lain hasil2 barang yang dipacking untuk dihantar terus customer2 shopee mahupun agen2 pemborong kami.
​
Tak percaya lagi?
Saya kongsikan sedikit hasil 5 bintang saya yang dah diperolehi dalam shopee saya.Jangan main-main ya.Nak dekat 20 ribu dah rating 5 bintang.Ada lagi tak testimonial?ya ada kita tunjukkan hasil agen2 di bawah Program Dropship Kami yang membuat order berapa banyak dalam sehari untuk sepanjang bulan Jun sehingga Jun 2023.
P/s:- Sewaktu saya mula-mula buat bisnes borong Thai nih dahulu, saya memang berharap kalau-kalau ada panduan seperti ini, tidaklah saya perlu membazir masa 2-3 tahun tercari-cari lubuk supplier barangan Thailand. Harapkan peniaga-peniaga borong lain, memang mereka takkan cakap dan bagitahu di mana mereka dapatkan bekalan barang-barang Thailand semua yang rare nih.
NOTA PENTING : INI BUKAN IALAH EBOOK YANG JIKA ADA MASALAH TAK FAHAM TAK TAHU NAK TANYA SIAPA ATAU SEKADAR GROUP FACEBOOK YANG JIKA ANDA ADA MASALAH HANYA BOLEH POSTING DI FACEBOOK.PROGRAM INI ADALAH E-ONLINE COURSES DI MANA ANDA ADA MASALAH BOLEH TANYA SAYA SENDIRI ATAU TEAM SUPPORT SECARA PERSONAL ATAU DI GROUP TELEGRAM.BERMAKSUD ANDA ADA MASALAH BOLEH MAKLUMKAN KEPADA KAMI UNTUK KITA SAMA-SAMA BINCANGKAN MASALAH ANDA SECARA LIFETIME.
P/s:- Saya telah redah "semak samun" serta "hutan belantara" untuk mencari jalan ke untuk mendapatkan lubuk barangan di Thailand. Kini, saya dah buatkan jalan serta laluan yang mudah untuk anda pula sampai ke sana dengan hanya berbekalkan panduan yang telah saya siapkan ini. Anda tidak perlu lagi berhabis wang, masa dan tenaga untuk meredah sekali lagi laluan "belantara" yang pernah saya lalui dulu.
Sekian
Coach JJ
Rakan Bisnes Borong Thailand Anda
www.sawaddimart.com